Mengenai Kami
Sejarah Ringkas
Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad
Telah ditubuhkan pada 23 Ogos 1952 dan didaftarkan pada 23 April 1953 di bawah seksyen 7, Co-operative Societies Ordinance, 1948. Kemudiannya ordinan tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Koperasi 1993. Sehubungan dengan perubahan tersebut itu, Koperasi kini tertakluk dibawah Akta Koperasi 1993.
Sejak ditubuhkan, Koperasi telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agung tahunan setiap tahun tanpa tertinggal . Koperasi mempunyai ahli-ahli yang aktif hampir 5000 orang terdiri daripada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dalam negeri Kedah. Pada masa ini, Koperasi ditadbir oleh 9 orang Lembaga Pengarah yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka terdiri daripada ahli-ahli yang berpengalaman dalam selok-belok Koperasi dan dibantu oleh kakitangan seramai 80 orang.
Aktiviti utama Koperasi adalah memberi pembiayaan kepada anggota-anggotanya, menjalankan Stesen Minyak, Kedai Tayar, Kedai Motorsikal, Ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam), penyewaan kedai dan jualan tanah lot dusun.
- Keanggotaan sukerela & terbuka.
- Kawalan secara demokrasi oleh anggota.
- Penglibatan anggota dalam bidang ekonomi.
- Kebebasan & autonomi.
- Pendidikan , latihan & maklumat.
- Kerjasama di antara koperasi-koperasi
Prihatin terhadap masyarakat.
Menjadi Koperasi Terunggul di Malaysia
- Menyediakan produk & perkhidmatan mengikut keperluan anggota.
- Memastikan anggota mendapat keuntungan dan faedah yang optimum dari semasa ke semasa.
- Melabur dalam sektor perniagaan yang berpotensi yang mampu memberi keuntungan berskala besar.
- Mencebur dalam program perkongsian pintar dengan syarikat atau organisasi perniagaan yang menunjukkan prestasi cemerlang.
- Mempastikan plan strategik diikuti dan dipatuhi.